skganun.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN GANUN
78000, ALOR GAJAH, MELAKA
Tel : 06-5548908, Faks : 06-5548907

>

Selamat datang ke laman web SK Ganun.

Pn Fordzisah Binti Ismail

Guru Besar

YDP PIBG

Sejarah

Misi & Visi

Piagam

Falsafah

Lencana

Lagu Sekolah

Pelan & Peta

Pentadbir

Staf Akademik

Staf Sokongan

Jawatankuasa

UPSR

Analisis

Program

Jawatankuasa

Statistik Murid

Jawatankuasa

Program

Pencapaian

 

SK Ganun

78000 Alor Gajah,

Melaka

MBA 0025

Tel: 06-5548908

Fax: 06-5548908

 

 


SEKAPUR SIRIH DARI GURU BESAR
(PUAN FORDZISAH BINTI ISMAIL)

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

Hakcipta Terpelihara SKG 2010. Web ini dibangunkan oleh Unit ICT SKG.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer.

Penafian : Pihak SKG tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: