skganun.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN GANUN
78000, ALOR GAJAH, MELAKA
Tel : 06-5548908, Faks : 06-5548907
| Laman Utama |

Selamat datang ke laman web SK Ganun.

Puan Fordzisah Binti Ismail

Guru Besar

YDP PIBG

Sejarah

Misi & Visi

Piagam

Falsafah

Lencana

Lagu Sekolah

Pelan & Peta

Pentadbir

Staf Akademik

Staf Sokongan

Jawatankuasa

UPSR

Analisis

Program

Jawatankuasa

Statistik Murid

Jawatankuasa

Program

Pencapaian

 

SK Ganun

78000 Alor Gajah,

Melaka

MBA 0025

Tel: 06-5548908

Fax: 06-5548908

 

SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Ganun atau nama asalnya Sekolah Melayu Ganun, mula didirikan dalam tahun 1890 dengan keadaan bangunan sekolahnya berbentuk Rumah Limas dan beratapkan genting-genting kecil bertiangkan simen (konkrit) berdinding sekerat. Letaknya bangunan ini berhampiran dengan jalan raya dan simpang empat menghala ke kampung Gadek. jarak dari sekolah ke Bandar Melaka ialah lebih kurang 29 km dan 5 km ke Pekan Alor Gajah. Keramaian murid pada ketika itu ialah 30 orang dan mempunyai satu kelas berukuran 40 kaki panjang dan 40 kaki lebar. mempunyai 2 orang guru dan Guru Besarnya ialah En Othman bin Saleh yang berkelulusan dari Maktab Perguruaan Singapura.

 

 

Pada tahun 1927, bangunan sekolah yang baru berukuran 90 kaki panjang dan 20 kaki lebar telah dibina bagi menggantikan bangunan sekolah lama yang sudah buruk, usang dan lapuk. Bilangan murid ketika itu ialah seramai 130 orang dengan 4 orang guru.

 

pada tahun 1946, bilangan murid telah meningkat kepada 189 orang dengan mmepunyai 6 kelas dan 6 orang guru. darjah yang tertinggi ialah Darjah 6. Pada tahun 1957 pula, bilangan muridnya terus bertambah menjadikan 237 orang, 6 kelas dan 6 orang guru.

 

Pada tahun 1969, sekolah ini mendapat bangunan separuh kekal, berukuran 220 kaki panjang dan 30 kaki lebar. Lengkap dengan bilik guru dan pejabat Guru Besar. Bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Hj Abd Rahman bin Yaakob, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Kemudahan-kemudahan asas seperti elektrik, air, padang permainan, tandas, dan tempat letak basikal juga dibekalkan.

 

 

Bilangan murid terus meningkat dan dalam tahun 1972, muridnya seramai 319 orang dengan 10 kelas dan 13 orang guru. Sekolah ini terus berkembang dan maju. Kemudahan-kemudahan terus dinikmati. Pada tahun 1085, sebuah bangunan tambahan 2 tingkat didirikan untuk menmpung pertumbuhan murid serta melengkapkan fizikal sekolah. bangunan ini didirikan di tapak sekolah lama dan sekolah lama diruntuhkan. Bangunan ini dilengkapkan pejabat Guru Besar dan Guru Penolong Kanan, Bilik Guru, Bilik wudhu', tandas murid dan guru, dua buah bilik darjah, Bilik Tayang dan Pusat Sumber. Bangunan ini kekal sehingga sekarang.

 

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara SKG 2010. Web ini dibangunkan oleh Unit ICT SKG.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer.

Penafian : Pihak SKG tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat atau bahan di dalam laman web ini. Segala bahan untuk dimuat turun (download) adalah berdasarkan kesesuaian dan keperluan.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: